SKM PPT

KELEBIHAN SKM PPT
  • Pengiktirafan pengalaman kerja secara formal.
  • Meningkatkan peluang kenaikan gaji.
  • Meningkatkan kredibiliti dan daya saing dalam pasaran kerja.
  • Kos lebih murah dan jimat masa.
  • Memberi peluang untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
SIAPA YANG PATUT MOHON SKM PPT?
  • Pekerja berpengalaman dalam bidang tertentu tetapi tiada sijil rasmi.
  • Usahawan yang ingin mendapatkan lesen perniagan berkaitan kemahiran.
  • Individu yang ingin meningkatkan peluang kerjaya dan gaji.
  • Pekerja yang ingin mendapatkan pengiktirafan rasmi tanpa perlu mengikuti kursus dari awal.
Apa tujuan SKM PPT?

Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan SKM, DKM atau DLKM.

Apakah Bidang Yang Boleh Dipersijilkan Melalui PPT?

Semua bidang yang tersenarai di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS) adalah boleh dipersijilkan melalui kaedah ini kecuali bagi bidang-bidang berikut:

BIL.TAJUKMUAT TURUN
1Senarai NOSS yang tidak boleh dipersijilkan melalui PPT  PDF
Berapa bayaran yang dikenakan dan bagaimanakah kaedah pembayaran?

Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa iaitu RM300 mengikut kategori permohonan dan bayaran permohonan PPT boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE atau dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.

Bagaimanakah cara untuk memohon persijilan melalui kaedah ini?

Permohonan PPT boleh dibuat pada bila-bila masa secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di www.myspike.my yang mana pemohon perlu melaksanakan penilaian kendiri terlebih dahulu di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada pemohon telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dipohon dan menilai kompetensi yang dimiliki. Pemohon juga dikehendaki memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana yang disyaratkan.

PENGENALAN SKM PPT
STRUKTUR PROGRAM
  • WATER DISTRIBUTION OPERATION SUPERVISION
    CM-021-3: 2014 (LEVEL 3)
  • WATER DISTRIBUTION OPERATION
    CM-021-2: 2014 (LEVEL 2)
  • WATER TREATMENT OPERATION SERVICES
    CM-060-2: 2014 (LEVEL 2)
  • WATER TREATMENT OPERATION SUPERVISION
    CM-060-3: 2014 (LEVEL 3)
  • NON-REVENUE WATER OPERATION
    CM-022-1: 2016 (LEVEL 1)
  • NON-REVENUE WATER OPERATION
    CM-022-2: 2016 (LEVEL 2)
  • NON-REVENUE WATER OPERATION CONTROL
    CM-022-3: 2016 (LEVEL 3)
  • WATER TREATMENT QUALITY CONTROL (LABORATORY)
    E360-001-2: 2016 (LEVEL 2)
  • WATER TREATMENT QUALITY CONTROL AND TESTING (LABORATORY)
    E360-001-3: 2016 (LEVEL 3)
  • WATER SUPPLY INSTRUMENTATION APPLICATION
    E360-003-2: 2019 (LEVEL 2)
  • WATER SUPPLY INSTRUMENTATION SUPERVISION
    E360-003-3: 2019 (LEVEL 3)
  • OFFICE ADMINISTRATION
    FB-024-2: 2012 (LEVEL 2)
  • HUMAN RESOURCE SUPPORT SERVICES (LEVEL 2)
  • HUMAN RESOURCE SUPPORT SERVICES (LEVEL 3)
  • DAM SAFETY OPERATION
    CM-082-1: 2016 (LEVEL 1)
  • DAM SAFETY CONDUCT AND OPERATION
    CM-082-2: 2016 (LEVEL 2)
  • DAM SAFETY CONTROL AND SUPERVISION
    CM-082-3: 2016 (LEVEL 3)
  • WATER METER READING AND BILLING
    E360-005-2: 2023 (LEVEL 2)
  • WATER METER READING AND BILLING
    E360-005-3: 2023 (LEVEL 3)