
- Pengiktirafan pengalaman kerja secara formal.
- Meningkatkan peluang kenaikan gaji.
- Meningkatkan kredibiliti dan daya saing dalam pasaran kerja.
- Kos lebih murah dan jimat masa.
- Memberi peluang untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
- Pekerja berpengalaman dalam bidang tertentu tetapi tiada sijil rasmi.
- Usahawan yang ingin mendapatkan lesen perniagan berkaitan kemahiran.
- Individu yang ingin meningkatkan peluang kerjaya dan gaji.
- Pekerja yang ingin mendapatkan pengiktirafan rasmi tanpa perlu mengikuti kursus dari awal.
Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan SKM, DKM atau DLKM.
Semua bidang yang tersenarai di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS) adalah boleh dipersijilkan melalui kaedah ini kecuali bagi bidang-bidang berikut:
| BIL. | TAJUK | MUAT TURUN |
| 1 | Senarai NOSS yang tidak boleh dipersijilkan melalui PPT |
Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa iaitu RM300 mengikut kategori permohonan dan bayaran permohonan PPT boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE atau dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Permohonan PPT boleh dibuat pada bila-bila masa secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di www.myspike.my yang mana pemohon perlu melaksanakan penilaian kendiri terlebih dahulu di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada pemohon telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dipohon dan menilai kompetensi yang dimiliki. Pemohon juga dikehendaki memuatnaik dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana yang disyaratkan.
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.
- WATER DISTRIBUTION OPERATION SUPERVISION
CM-021-3: 2014 (LEVEL 3)
- WATER DISTRIBUTION OPERATION
CM-021-2: 2014 (LEVEL 2)
- WATER TREATMENT OPERATION SERVICES
CM-060-2: 2014 (LEVEL 2)
- WATER TREATMENT OPERATION SUPERVISION
CM-060-3: 2014 (LEVEL 3)
- NON-REVENUE WATER OPERATION
CM-022-1: 2016 (LEVEL 1)
- NON-REVENUE WATER OPERATION
CM-022-2: 2016 (LEVEL 2)
- NON-REVENUE WATER OPERATION CONTROL
CM-022-3: 2016 (LEVEL 3)
- WATER TREATMENT QUALITY CONTROL (LABORATORY)
E360-001-2: 2016 (LEVEL 2)
- WATER TREATMENT QUALITY CONTROL AND TESTING (LABORATORY)
E360-001-3: 2016 (LEVEL 3)
- WATER SUPPLY INSTRUMENTATION APPLICATION
E360-003-2: 2019 (LEVEL 2)
- WATER SUPPLY INSTRUMENTATION SUPERVISION
E360-003-3: 2019 (LEVEL 3)
- OFFICE ADMINISTRATION
FB-024-2: 2012 (LEVEL 2)
- HUMAN RESOURCE SUPPORT SERVICES (LEVEL 2)
- HUMAN RESOURCE SUPPORT SERVICES (LEVEL 3)
- DAM SAFETY OPERATION
CM-082-1: 2016 (LEVEL 1)
- DAM SAFETY CONDUCT AND OPERATION
CM-082-2: 2016 (LEVEL 2)
- DAM SAFETY CONTROL AND SUPERVISION
CM-082-3: 2016 (LEVEL 3)
- WATER METER READING AND BILLING
E360-005-2: 2023 (LEVEL 2)
- WATER METER READING AND BILLING
E360-005-3: 2023 (LEVEL 3)

